Jakarta: Indonesia akan memperketatkan kawalan terhadap peralatan pengawasan milik kerajaan dan mempertimbangkan pemeriksaan di Istana Presiden bagi mengesan peranti pengintipan, kata seorang menteri pada Isnin.

Ia susulan penemuan peranti pengintipan telefon secara haram terhadap presiden, pegawai kanan kerajaan dan beberapa individu lain minggu lalu.

Skandal pengintipan itu membawa kepada penahanan empat pegawai kanan polis yang didakwa melakukan pemantauan telefon tanpa kebenaran termasuk bekas Ketua Polis Negara yang baru dilantik sebagai Ketua Staf Presiden, Prabowo Subianto.

Kerajaan sebelum ini berkata, skandal pengintipan itu mempunyai unsur pengkhianatan.