Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, 42, menjadikan pepatah Melayu itu bagi mengekalkan semangatnya terus berkempen bagi meraih kemenangan, Sabtu ini.

Ditanya perubahan rutin sepanjang tempoh berkempen sejak 30 Oktober lalu, beliau mengakui jadual hariannya padat dengan pelbagai aktiviti menemui pengundi.

Namun, bekas penjawat awam ini mengakui semangatnya untuk berkempen bagi meraih kemenangan terus membara, menggunakan pengalaman dalam kerja kemasyarakatan ketika berkhidmat dengan kerajaan sebelum ini.

"Pengalaman sebagai penjawat awam banyak membantu saya menyesuaikan diri dengan tuntutan kempen yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Mengenai rutin sepanjang tempoh berkempen, saya kira ia sudah jadi perkara biasa.