KUALA LUMPUR: Setelah hampir empat dekad berbakti kepada negara termasuk di Lubnan, perkhidmatan kenderaan perisai Radpanzer Condor dan Sibmas kini secara rasminya dilupuskan.
Pelupusan aset ketenteraan itu dilaksanakan menerusi kaedah pemusnahan sebagai sebahagian persediaan pengunduran dan penarikan balik pasukan menjelang pengakhiran misi pengaman MALBATT 850-13 di bawah mandat Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).
Pasukan Pegawai Maklumat Awam (PIO) MALBATT 850-13 dalam kenyataannya berkata, kenderaan perisai Condor sudah berkhidmat kira-kira 40 tahun itu simbol keteguhan dan ketahanan aset tempur Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Menyusuri bumi Lubnan bersama kontinjen pengaman Malaysia selama hampir dua dekad, kenderaan ini bukan sekadar perkakasan ketenteraan.









