BENGALURU: Harga minyak terus susut pada Selasa selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata tindakan ketenteraan terhadap Iran "tidak perlu pada ketika ini", sekali gus meredakan kebimbangan mengenai gangguan berpanjangan terhadap bekalan Timur Tengah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 24 sen AS (RM0.97), atau 0.23 peratus, kepada AS$92.33 (RM374.61) setong pada 1.02 pagi waktu Greenwich.

Niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) AS pula susut 35 sen AS (RM1.42), atau 0.40 peratus, kepada AS$86.50 (RM350.96) setong.

Brent ditutup 5.85 peratus lebih rendah pada sesi sebelumnya selepas merosot ke paras terendah sejak 31 Ogos.