Istanbul: Sekurang-kurangnya 16 orang maut manakala 13 lagi cedera termasuk dua parah dalam letupan di sebuah kilang keluli di barat Turkiye pada Isnin, menurut Presiden Recep Tayyip Erdogan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Bercakap selepas mesyuarat Kabinet di Kompleks Presiden di Ankara, Erdogan berkata, siasatan kehakiman dan pentadbiran sudah dilancarkan bagi mengenal pasti punca letupan di daerah Aliaga, Izmir serta pihak yang bertanggungjawab.
"Siasatan sudah dimulakan dari sudut kehakiman dan pentadbiran. Punca dan keadaan yang membawa kepada kejadian tragis ini, yang amat mendukacitakan negara kita termasuk sebarang unsur kecuaian serta pihak yang bertanggungjawab akan dikenal pasti," kata beliau.








