Lima kejadian kepala air pernah yang dilaporkan sejak setahun lalu.

​ 21 Oktober 2026: Sungai Belatop, Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan Lebih 100 penduduk Orang Asli suku Temiar terputus hubungan selepas jambatan gantung Kampung Brooke Lama dihanyutkan arus deras dan banjir lumpur dalam kejadian kepala air.

​ 16 September 2026: Lata Debu, Baling Seramai 19 individu, termasuk sembilan wanita, berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap dalam kejadian kepala air.

​ 2 Ogos 2026: Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Baharu Empat individu berjaya diselamatkan selepas terperangkap akibat fenomena kepala air ketika beriadah di kawasan air terjun pada waktu petang.