PETALING JAYA – Kehadiran seekor belalang yang hinggap di atas kepala Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli ketika menyampaikan ceramah di Melaka mencuri perhatian netizen.

Menerusi perkongsian di Facebook, Rafizi berseloroh menyifatkan kejadian itu sebagai titik terendah sepanjang puluhan tahun beliau berceramah apabila terpaksa memanggil belalang untuk mencukupkan jumlah pendengar.

“Titik terendah pakcik berceramah berpuluh tahun. Kena panggil belalang dengar ceramah nak cukupkan orang,” tulisnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi lucu apabila netizen turut berseloroh mengenai kehadiran serangga berkenaan yang seolah-olah menjadi pendengar setia.