DOHA - Malaysia menggesa pendekatan lebih menyeluruh terhadap ketersambungan digital global, yang bukan hanya tertumpu kepada kawasan berpenduduk, malah merangkumi lokasi ekonomi utama seperti pelabuhan, rangkaian kereta api dan lebuh raya, memandangkan akses Internet semakin penting bagi pertumbuhan dan daya tahan ekonomi.Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Malaysia sedang meneroka konsep Coverage of Economic Areas (CoEA) untuk melengkapkan pendekatan sedia ada, iaitu liputan kawasan berpenduduk (CoPA), sekali gus mencerminkan kepentingan infrastruktur digital dalam menyokong aktiviti ekonomi dan pembangunan negara.Beliau berkata, Malaysia berharap Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) akan meneroka konsep itu bersama-sama negara anggota sebagai pendekatan tambahan untuk menilai ketersambungan dan memajukan pembangunan digital yang inklusif serta mampan."Berpandukan kemajuan itu, kita kini meneliti bagaimana untuk memperluas liputan melangkaui CoPA, dan turut merangkumi Coverage of Economic Areas (CoEA). Ini bermakna liputan perlu diperluas ke lokasi seperti pelabuhan, rangkaian kereta api dan lebuh raya, yang memerlukan akses Internet stabil bagi menyokong operasi perniagaan, pertumbuhan ekonomi dan daya tahan," katanya.Fahmi berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan dasar negara pada Persidangan Perwakilan Penuh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) 2026 (PP-26) di sini pada Isnin.Beliau berkata, Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dalam memperluas infrastruktur digital menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), terutamanya di kawasan yang kurang mendapat liputan."Setakat September 2026, liputan Internet di kawasan berpenduduk di seluruh negara mencapai 99.75 peratus, manakala langganan 5G mencecah 31.3 juta," katanya.Bagaimanapun, Fahmi berkata, peluasan infrastruktur telekomunikasi hanyalah langkah permulaan ke arah transformasi digital yang bermakna.Pada masa sama, usaha memastikan masyarakat memiliki kemahiran digital dan peluang untuk mendapat manfaat daripada peningkatan ketersambungan turut memainkan peranan penting."Bagi Malaysia, ketersambungan bukan sekadar mengenai infrastruktur. Sebaliknya, ia bertujuan mewujudkan peluang, memperkasa masyarakat dan meningkatkan kualiti hidup," katanya.Fahmi berkata, Malaysia terus memperkukuh keterangkuman digital menerusi 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), yang menyediakan kemudahan kepada masyarakat untuk meningkatkan kemahiran digital serta meneroka peluang keusahawanan.Pada April 2026, NADI telah menyertai rangkaian Pusat Transformasi Digital ITU, sekali gus memperkukuh komitmen negara untuk memperkasakan masyarakat menerusi teknologi.Mengenai keselamatan dalam talian, beliau berkata, ketersambungan yang bermakna juga perlu disokong oleh persekitaran digital yang selamat dan dipercayai.Fahmi berkata, Akta Keselamatan Dalam Talian 2025, yang berkuat kuasa pada Januari 2026, memperkukuh akauntabiliti penyedia platform serta melindungi peng
ITU PP-26: Malaysia gesa perluas ketersambungan global melangkaui kawasan berpenduduk - Fahmi

Key takeaways
Malaysia menyeru perluasan ketersambungan digital global meliputi kawasan ekonomi utama seperti pelabuhan dan lebuh raya.
- Malaysia menggesa pendekatan lebih menyeluruh untuk ketersambungan digital bukan sahaja kawasan berpenduduk.
- Konsep Coverage of Economic Areas (CoEA) diperkenalkan untuk memperluas akses Internet ke lokasi ekonomi utama.
- Kemajuan infrastruktur digital Malaysia mencapai 99.75 peratus liputan Internet di kawasan berpenduduk pada September 2026.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian ITU PP-26: Malaysia gesa perluas ketersambungan global melangkaui kawasan berpenduduk - Fahmi (this story)
- Utusan Malaysia Malaysia gesa ketersambungan global melangkaui kawasan penduduk








