HANG TUAH JAYA - Seramai 12,214 pengundi awal terdiri daripada 2,445 anggota polis dan 9,769 anggota tentera terlibat dalam proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada Selasa.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, jumlah itu membabitkan 19 pusat pengundian awal di seluruh negeri, iaitu 12 pusat bagi polis dan tujuh pusat bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Menurut beliau, seramai 817 pengundi awal dijangka menunaikan tanggungjawab di pusat pengundian Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, manakala selebihnya di pusat pengundian lain."Sejak awal pagi ramai yang datang mengundi dan ada yang mula beratur seawal jam 7.30 pagi."Setakat tinjauan dibuat, dianggarkan 200 hingga 300 orang sudah selesai mengundi dan kita jangka 100 peratus anggota akan keluar mengundi," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai membuang undi di Dewan Serbaguna, IPK Melaka di sini.Mengulas persediaan menghadapi hari pengundian pada Sabtu ini, Dzulkhairi berkata, seramai 3,332 anggota polis akan dikerahkan bagi memastikan keselamatan di semua pusat mengundi terjamin.Tambahnya, pasukan Cantas turut digerakkan bagi menangani sebarang kekecohan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar undang-undang."Untuk Sabtu ini, penyokong parti diminta supaya menjaga tingkah laku dan adab serta mengikut undang-undang."Kita semua orang ada hak masing-masing, jangan ada paksaan serta ugutan dan undilah dalam keadaan yang aman," katanya.
PRN Melaka: 12,214 anggota keselamatan mengundi awal

Key takeaways
Sebanyak 12,214 anggota keselamatan mengundi awal dalam PRN Melaka ke-16, termasuk 2,445 anggota polis dan 9,769 anggota tentera.
- 19 pusat pengundian awal disediakan untuk anggota polis dan tentera di Melaka.
- 817 pengundi awal dijangka mengundi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
- 3,332 anggota polis dikerahkan untuk memastikan keselamatan semasa hari pengundian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian PRN Melaka: 12,214 anggota keselamatan mengundi awal (this story)
- Utusan Malaysia PRN Melaka: 3,332 anggota polis ditugaskan pada hari mengundi
- Berita Harian PRN Melaka: Lebih 50 peratus sudah keluar mengundi awal
- Free Malaysia Today Lebih 95% keluar mengundi pada undi awal PRN Melaka








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F05%2F6dc99e953a008489ed624b32254618ae.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
