KUALA LUMPUR - Bermula dengan perbualan santai mengenai permainan video atau masalah peribadi, kanak-kanak di alam maya berisiko terjerat eksploitasi seksual apabila individu yang menyamar rakan sebaya berjaya meraih kepercayaan mereka.Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, penyamaran sebagai rakan sebaya antara taktik digunakan pelaku untuk membina hubungan dan mendapatkan kepercayaan mangsa sebelum mengeksploitasi mereka.Menurutnya, pelaku lazimnya mengenal pasti minat kanak-kanak terlebih dahulu, termasuk permainan video, sebelum mendakwa mempunyai minat sama bagi mewujudkan keserasian."Kanak-kanak yang gemar bermain permainan video, misalnya, boleh didekati individu yang mendakwa mempunyai minat sama."Pelaku kemudiannya meletakkan dirinya sebagai rakan yang memahami minat mangsa atau individu yang boleh memberikan sokongan ketika mereka berdepan masalah," katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian baru-baru ini.Katanya, selepas membina kepercayaan, pelaku mula mengembangkan perbualan kepada perkara lebih peribadi, termasuk bertanyakan mengenai perkembangan tubuh badan, haid dan perubahan fizikal sebelum meminta gambar daripada mangsa.Menurutnya, bagi mengukuhkan lagi penyamaran, pelaku menawarkan berkongsi gambar sendiri bagi meyakinkan mangsa bahawa mereka berkomunikasi dengan rakan sebaya."Bagaimanapun, penyamaran berkenaan boleh terbongkar apabila polis menjalankan siasatan berdasarkan nombor telefon dan komunikasi WhatsApp, sekali gus mengesan identiti sebenar individu terbabit," katanya.Jelas Siti Kamsiah, hubungan yang awalnya kelihatan seperti persahabatan juga boleh berkembang menjadi hubungan romantik apabila pelaku menawarkan diri sebagai teman lelaki atau teman wanita kepada mangsa."Apabila mangsa mula mempercayai hubungan berkenaan, pelaku mula meminta bahan seksual sebelum menggunakan gambar atau maklumat peribadi yang dikongsi sebagai alat untuk mengugut mangsa."Bahan itu kemudiannya menjadi senjata kepada suspek dan akhirnya menyebabkan jenayah tersebut berulang," katanya.Mengenai skala ancaman itu, Siti Kamsiah berkata, data Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh 2017 hingga 12 Jun 2026 merekodkan 13,053 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dengan 1,021 kes mempunyai kaitan pelbagai medium dalam talian."Ancaman terhadap kanak-kanak bukan hanya datang daripada individu tidak dikenali, malah boleh melibatkan orang dalam lingkungan sosial mereka sendiri."Analisis PDRM terhadap 13,271 hubungan menunjukkan kenalan merupakan kategori terbesar, iaitu sekitar 47 peratus, diikuti ahli keluarga 23 peratus dan individu tidak dikenali sekitar 19 peratus."Keadaan itu menjadikan proses mengenal pasti ancaman lebih rumit kerana pelaku boleh membina imej sebagai individu yang dipercayai sebelum mengeksploitasi hubungan," katanya.Dalam tempoh sama, data PDRM turut merekodkan 13,592 pelaku, dengan kira-kira 9
Pemangsa berselindung di sebalik skrin

Key takeaways
Kanak-kanak di alam maya terjejas apabila penjenayah menyamar rakan sebaya, membina kepercayaan melalui minat permainan video sebelum meminta gambar peribadi.
- Penjenayah meniru minat kanak-kanak seperti permainan video untuk menembusi kepercayaan.
- Setelah kepercayaan, mereka bertanya tentang perkembangan tubuh dan meminta gambar peribadi.
- Pelaku menawarkan gambar diri sendiri untuk meyakinkan mangsa bahawa ia rakan sebaya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian Pemangsa berselindung di sebalik skrin (this story)









