Apabila sesebuah universiti mengumumkan peningkatan jumlah penerbitan, sitasi atau geran penyelidikan, komuniti akademik melihatnya sebagai tanda kemajuan.
Namun, di luar kampus persoalannya mungkin lebih mudah: apakah semua pencapaian itu akhirnya membawa perubahan kepada masyarakat, industri atau negara?
Soalan ini wajar kerana universiti memainkan peranan jauh lebih besar daripada sekadar menjadi tempat pengajaran dan pembelajaran.
Ini kerana universiti membangunkan bakat, menjana ilmu, menyokong inovasi, membentuk wacana dan membantu pembangunan dasar, sekali gus memberikan sumbangan kepada penyelesaian pelbagai cabaran masyarakat, industri dan negara.









