KUALA LUMPUR: Sebanyak 670 permohonan diterima daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pelbagai jenis sekolah di seluruh negara bagi peruntukan penyelenggaraan sekolah.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, jumlah tersebut diterima pihaknya menerusi Saluran Khas PIBG Kementerian Pendidikan (KPM) selepas seminggu ia dibuka.
Katanya, sambutan menggalakkan itu menunjukkan kesungguhan PIBG untuk bersama-sama membantu meningkatkan kemudahan dan persekitaran sekolah demi keselesaan murid.
“Saya mahu PIBG memainkan peranan lebih besar sebagai rakan strategik KPM dalam usaha memastikan kemudahan dan persekitaran sekolah sentiasa berada pada tahap baik.









