Johor Bahru: Dua individu rentung, manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kereta terbabas sebelum terbalik dan terbakar di Jalan Bakar Batu menghala Permas di sini, awal pagi ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Razali Hussein berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.35 pagi.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta Mercedes terbabas dan terbalik di tepi jalan sebelum terbakar.
"Seramai lima mangsa terbabit dalam kejadian itu dengan tiga daripada mereka berjaya keluar dari kenderaan sebelum pasukan bomba tiba," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.








