JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri berharap peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook tidak akan menjejaskan pelaksanaan pelbagai projek pengangkutan awam yang sedang beroperasi mahupun dirancang di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, inisiatif tersebut amat penting bagi memastikan kelancaran serta perkhidmatan pengangkutan awam di Johor dapat ditingkatkan.
Beliau turut berharap perubahan kepimpinan di peringkat kementerian dapat memastikan perjalanan projek sedia ada dapat diteruskan selain inisiatif lain dapat dilaksanakan mengikut jadual.
“Walaupun beliau meletakkan jawatan dan kemungkinan ada perubahan kepimpinan di peringkat kementerian , usaha yang telah dirancang dan dilaksanakan bersama beliau sebelum ini dapat diteruskan.





