Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad mengumumkan rancangan KKM untuk memperkenalkan 'cottage hospital' di kawasan pedalaman.KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang untuk memperkenalkan konsep 'cottage hospital' dengan menaik taraf klinik kesihatan terpilih di kawasan pedalaman bagi memperluas akses perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat.
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata inisiatif itu melibatkan penambahbaikan kemudahan tertentu bagi klinik kesihatan di kawasan yang mempunyai akses terhad kepada hospital.
Antara fasiliti yang dikenal pasti setakat ini ialah Klinik Kesihatan Tekek di Pulau Tioman, Pahang; Klinik Kesihatan Telupid dan Klinik Kesihatan Nabawan di Sabah serta Klinik Kesihatan Sungai Asap di Sarawak.





