KUALA LUMPUR: Bekas pengarah urusan syarikat peralatan perubatan memperoleh ganti rugi RM23 juta selepas Mahkamah Tinggi mendapati beliau diperdaya bagi membiayai projek vaksin Sinovac yang tidak wujud ketika pandemik COVID-19.
Hakim Elaine Yap memerintahkan Halim Shah Harlem Shahnon Abdullah membayar ganti rugi itu kepada bekas Pengarah Urusan LKL International Bhd, Lim Kon Lian, selepas mendapati Halim bertanggungjawab atas representasi palsu berniat jahat.
Mahkamah mendapati Halim mereka persona palsu sebagai doktor perubatan dan pemegang gelaran kebesaran bagi memberikan kredibiliti kepada projek didakwanya itu.
Hakim berkata, Kon Lian terdorong untuk memindahkan RM23 juta kepada Genesis Biopharma Sdn Bhd berikutan kenyataan palsu mengenai kewujudan dan perkembangan projek berkenaan.






