KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan berupaya berkembang, menerima pakai teknologi maju dan menyertai aktiviti ekonomi bernilai lebih tinggi, menawarkan gaji lebih kompetitif dan pekerjaan berpendapatan tinggi yang mampan dalam jangka panjang.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata pertumbuhan ekonomi perlu diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan isi rumah dan peluang pekerjaan berkualiti, bukan sekadar penciptaan pekerjaan dalam jumlah besar.
"Pertumbuhan gaji sebenar dalam sektor formal sederhana kepada 0.5 peratus pada suku pertama 2026, manakala isu guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran masih menjadi cabaran struktur pasaran buruh," katanya pada majlis pelancaran Malaysia Economic Monitor edisi Oktober 2026 bertemakan From Quantity to Quality: Financing Malaysia's Productive SMEs, di sini, hari ini.






