Kuala Lumpur: Polis sedang menyiasat sebuah kenderaan persendirian yang memaparkan logo menyerupai lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan penularan video mengenainya di media sosial.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin, berkata pihaknya mengesan video berkenaan menerusi Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan menggunakan logo yang kelihatan hampir sama dengan lambang rasmi polis.
Bagaimanapun, siasatan awal mendapati logo itu bukan lambang rasmi PDRM, sebaliknya milik sebuah pertubuhan kebajikan yang berdaftar secara sah.
"Logo itu milik Nurqasih, sebuah pertubuhan kebajikan yang berdaftar secara sah," katanya dalam kenyataan hari ini.








