Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan mengesahkan jawatan Pengerusi BERSATU negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) tidak disambung berkuat kuasa kelmarin.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata keputusan itu sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Beliau berkata, kerajaan negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kamaruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas atas khidmat serta sumbangan sepanjang memegang jawatan EXCO.

"Amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.