Kuala Kangsar: "Saya anggap kelainan itu sebagai rezeki pemberian Allah SWT kerana jika tidak, mungkin saya tiada beza dengan orang lain."
Itu kata Nur Fadhilah Rahmat, 21, yang dilahirkan dengan kelainan pada mata kirinya dan bergantung sepenuhnya dengan penglihatan mata kanan.
Berikutan itu, Nur Fadhilah yang menetap di Bukit Chandan, di sini sudah menjalani tiga pembedahan dengan yang terakhir ketika berusia sembilan tahun.
Bercerita lanjut, Nur Fadhilah yang bekerja di bahagian pentadbiran di sebuah syarikat kaki palsu berkata, dia adalah anak sulung daripada dua beradik dan satu-satunya dalam keluarga yang dilahirkan dengan kelainan iaitu tanpa bola mata.








