JASIN - Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohamad Sabu menggesa supaya satu mekanisme perundangan diwujudkan bagi membolehkan banduan menjalani separuh tempoh hukuman di penjara dan separuh lagi melalui tahanan rumah tertakluk kepada peraturan yang adil, telus dan terpakai kepada semua.Beliau menegaskan bahawa prinsip kesaksamaan di sisi undang-undang tidak boleh dikompromi atas faktor kedudukan, pengaruh politik atau hubungan kekeluargaan."Undang-undang mesti adil kepada semua. Keadilan tidak boleh menjadi hak eksklusif golongan tertentu. Malaysia tidak boleh mengamalkan sistem keadilan dua darjat," katanya dalam sidang akhbar khas di Merlimau pada Rabu.Mohamad berkata, pendirian itu tidak berpunca daripada sebarang pertikaian peribadi dengan Datuk Seri Najib Razak atau keluarganya, sebaliknya berasaskan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang"Badan bukan kerajaan (NGO), pengamal undang- undang dan masyarakat sivil digesa memperjuangkan mekanisme tersebut demi menjamin hak yang saksama kepada semua warganegara."Sebagai komitmen, saya bersedia menyerahkan keseluruhan gajinya sebagai menteri sehingga pembubaran Parlimen penggal ini bagi membantu membiayai usaha NGO yang menggerakkan perjuangan berkenaan," katanya.AKAN MENYUSUL
Tahanan rumah: Undang-undang perlu adil, bukan hak istimewa - Mohamad Sabu

Key takeaways
Mohamad Sabu menggesa mekanisme undang-undang untuk tahanan rumah separuh tempoh hukuman yang adil dan telus. Beliau juga menawarkan gaji menteri untuk membiayai NGO yang memperjuangkan isu ini.
- Mohamad Sabu menekankan undang-undang mesti adil dan tidak boleh menjadi hak istimewa golongan tertentu.
- Beliau menggesa NGO dan masyarakat sivil memperjuangkan mekanisme tahanan rumah yang saksama.
- Sabu bersedia menyerahkan gaji menteri sehingga pembubaran Parlimen untuk membiayai usaha NGO.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Perintah mahkamah berkait tahanan rumah Najib jelaskan persoalan undang-undang
- Sinar Harian Tahanan rumah: Undang-undang perlu adil, bukan hak istimewa - Mohamad Sabu (this story)








