KUALA LUMPUR: BERSATU menolak pemilihan calon tangkap muat bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, sebaliknya mempertaruhkan tujuh calon yang dipilih berdasarkan pengalaman, kemampuan serta rekod perkhidmatan mereka kepada masyarakat.
Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka, Datuk Dr Radzi Md Jidin, berkata pemilihan setiap calon dilakukan secara teliti bagi memastikan parti mengetengahkan individu yang berkelayakan dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Sebagai contoh, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, Datin Seri Dr Asmah Samat, adalah anak jati kawasan terbabit dan seorang doktor pakar kesihatan awam yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Kanan di Kementerian Kesihatan (KKM).









