LANGKAWI – Seorang kru berjaya diselamatkan manakala tiga lagi masih hilang selepas sebuah vesel nelayan yang membawa empat kru dilaporkan tenggelam di perairan Kuala Teriang di sini pada Selasa.Mangsa yang diselamatkan dikenali sebagai Basri Mohd Nor, 47, selepas ditemui sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) yang berada berhampiran lokasi kejadian.Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, tiga lagi kru termasuk tekong vesel, Kee Swee Kiat, 51, masih belum ditemukan.Menurutnya, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi menerima maklumat awal mengenai kejadian itu daripada Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kedah pada jam 4.35 petang, Selasa."Laporan berkenaan dibuat selepas pemilik vesel gagal menghubungi bot nelayan bernombor pendaftaran KF 5420 (B) itu."Berdasarkan maklumat awal, vesel berkenaan kali terakhir dapat dihubungi pada 8 November lalu, jam 11.33 malam ketika berada kira-kira lapan batu nautika ke barat Pulau Burau, Langkawi," katanya pada Rabu.Mohamad Shukri berkata, mangsa yang berjaya diselamatkan kemudian dipindahkan ke aset Bot Penyelamat 5 Maritim Malaysia yang sedang menjalankan operasi di sektor berkenaan.Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) disambung semula pada jam 7.30 pagi Rabu dengan melibatkan aset Maritim Malaysia iaitu KM Sugut dan Bot Kilat 6 serta Pasukan Polis Marin (PPM) menerusi aset PLC 5."Operasi pencarian dilaksanakan berpandukan janaan Sistem SAROPS dengan membahagikan kawasan pencarian kepada tiga sektor bagi memastikan liputan lebih sistematik dan menyeluruh."Selain itu, Pusat Kawalan Hadapan (PHC) turut ditubuhkan di MRSC Langkawi bagi menyelaras pergerakan aset, penugasan anggota serta perkembangan operasi secara berterusan," ujarnya.Beliau berkata, Maritim Malaysia terus mempergiat usaha pencarian menerusi penyelarasan bersama agensi sahabat dan komuniti maritim setempat bagi meningkatkan keberkesanan operasi serta memperluas liputan pengesanan mangsa.Sehubungan itu, komuniti maritim dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-966 2750 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan lanjut.
Terputus hubungan 4 hari, tiga kru termasuk tekong masih hilang selepas vesel nelayan tenggelam

Key takeaways
Tiga kru termasuk tekong masih hilang selepas vesel nelayan tenggelam di perairan Kuala Teriang, Langkawi, manakala seorang kru berjaya diselamatkan.
- Vesel nelayan KF 5420 (B) dilaporkan tenggelam pada Selasa dengan empat kru di atasnya.
- Basri Mohd Nor, 47, berjaya diselamatkan oleh vesel nelayan tempatan berhampiran lokasi kejadian.
- Operasi mencari dan menyelamat disambung semula pada Rabu dengan melibatkan aset Maritim Malaysia dan PPM.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Terputus hubungan 4 hari, tiga kru termasuk tekong masih hilang selepas vesel nelayan tenggelam (this story)
- Harian Metro Bot nelayan karam, 3 termasuk tekong masih hilang









