LAHAD DATU - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 20, Jalan Lahad Datu-Sandakan, di sini pada malam Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, remaja warga asing berusia 14 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y16ZR dan sebuah MPV jenis Perodua Alza yang ditunggang mangsa."Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati bahawa kemalangan berlaku apabila mangsa dalam perjalanan dari arah Bandar Lahad Datu menuju ke Sandakan dipercayai telah hilang kawalan sehingga memasuki lorong bertentangan."Pada masa sama, sebuah Perodua Alza yang dipandu lelaki berusia 29 tahun bersama lima penumpang bergerak dari arah Sandakan ke Bandar Lahad Datu dan disebabkan jarak yang terlalu dekat, motosikal tersebut telah melanggar hadapan kanan kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tambahnya, susulan kejadian itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu kanan jalan tersebut."Akibat kemalangan tersebut, penunggang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu MPV cedera ringan di bahagian bibir dan sakit di paha kanan."Turut mengalami kecederaan ringan, dua penumpang MPV dan tiga penumpang lain tidak cedera," katanya.Sehubungan itu, Dzulbaharin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Mana-mana individu yang menyaksikan kejadian, diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Mohamad Humaidi Harun di talian 089-881255 atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk membantu siasatan," katanya.
Remaja maut motosikal bertembung Perodua Alza

Key takeaways
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut selepas motosikalnya bertembung dengan Perodua Alza di Lahad Datu.
- Kemalangan berlaku di Kilometer 20, Jalan Lahad Datu-Sandakan pada jam 8.30 malam.
- Remaja itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu MPV cedera ringan.
- Dua penumpang MPV juga cedera ringan, manakala tiga lain tidak cedera.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Remaja maut motosikal bertembung kereta polis
- Free Malaysia Today Remaja maut motosikal bertembung kereta polis
- Sinar Harian Remaja maut motosikal bertembung Perodua Alza (this story)








