Ketua Polis Setiu Zahril Asri Zain berkata nahas dipercayai berlaku apabila Yamaha Y15ZR ditunggang Hazim Daniel Radzi dari arah Kuala Terengganu menghala Kota Bharu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan. (Gambar Facebook)BANDAR PERMAISURI: Seorang remaja maut selepas motosikalnya bertembung kereta rasmi polis di KM63 Kampung Pak Kancil, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Setiu, Zahril Asri Zain, berkata kejadian pada 2.35 pagi itu dipercayai berlaku apabila Yamaha Y15ZR ditunggang Hazim Daniel Radzi, 15, dari arah Kuala Terengganu menghala Kota Bharu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

"Motosikal itu bertembung kereta rasmi polis jenis Honda City yang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala Kuala Terengganu," katanya dalam kenyataan.