PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah masih berharap Anthony Loke mengubah fikiran dan mempertimbangkan semula keputusan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.Dedah Hasbi, beliau sendiri menghubungi Anthony sebaik mengetahui hasrat Ahli Parlimen Seremban itu untuk melepaskan jawatan berkenaan.Menurutnya, beliau secara terus terang meminta Anthony supaya mengubah keputusan tersebut kerana masih banyak perkara perlu diselesaikan di Kementerian Pengangkutan (MOT)." Sejujurnya, saya beritahu beliau: YB, sudahlah, saya harap YB mengubah fikiran."Saya beritahu dia, banyak kerja nak buat lagi ni," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan MOT dan sambutan Cahaya Madani di sini pada Rabu.Ujarnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum menerima surat peletakan jawatan berkenaan ketika itu."PM belum terima lagi surat. Belum ada surat jawapan yes or no," katanya yang turut berseloroh bahawa Anthony masih boleh berkhidmat sehingga hujung tahun," jelas beliau.Hasbi turut menyifatkan peluang berkhidmat bersama Anthony sebagai satu penghormatan, selain memuji kepimpinan Menteri Pengangkutan itu yang disifatkan sentiasa memberikan kepercayaan dan ruang kepada warga kementerian untuk berkongsi pandangan.Menurutnya, ketegasan Anthony dalam mempertahankan prinsip, ketepatan membuat keputusan serta komitmen terhadap tadbir urus yang jelas menjadi contoh kepada seluruh warga MOT.Beliau turut yakin segala dasar, sistem dan budaya kerja yang diterapkan Anthony akan terus menjadi legasi serta panduan kepada kementerian itu.Mengulas hubungan kerja mereka, Hasbi berkata, perbezaan latar belakang dan parti politik bukan penghalang untuk kedua-duanya bekerjasama demi kepentingan rakyat dan negara."Walaupun parti kami berbeza, tetapi misi utama kami sama, buat kerja. Sebab itulah kami betul-betul dua sekawan berjuang sama-sama dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan," katanya.Hasbi turut merakamkan penghargaan kepada Anthony kerana berjaya merealisasikan pembinaan kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bahagian Limbang, Sarawak, iaitu projek yang diperjuangkannya sejak beberapa penggal lalu.Beliau berkata, kejayaan projek itu menjadi kenangan bermakna kerana Anthony sendiri turun ke Limbang bagi memastikan kemudahan berkenaan dapat direalisasikan.Selain itu, Hasbi menyifatkan komitmen Anthony menangani isu kenderaan barangan lebih muatan sebagai satu perjuangan penting yang turut selari dengan pengalamannya ketika berkhidmat selama 22 tahun di Jabatan Kerja Raya (JKR).Katanya, isu berkenaan sudah lama membelenggu negara kerana kenderaan lebih muatan menjadi antara punca kerosakan jalan raya, sekali gus menyebabkan kerajaan menanggung kos pembaikan yang tinggi.Justeru, beliau menyifatkan usaha mempergiat tindakan terhadap kenderaan lebih muatan sebagai langkah yang membawa manfaat besar kepada rakyat."Sebab itulah saya sangat gembira apabila beliau menyatakan komitmen untuk memerangi isu ken
'Saya masih berharap Anthony Loke ubah fikiran' - Hasbi

Key takeaways
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, menyatakan harapan agar Anthony Loke mengubah fikiran untuk kekal berkhidmat kerana masih banyak tugas di kementerian. Beliau mendedahkan bahawa Perdana Menteri belum menerima surat peletakan jawatan tersebut.
- Hasbi menghubungi Anthony Loke secara peribadi untuk memohon beliau kekal berkhidmat.
- Hasbi menyatakan masih banyak kerja yang perlu diselesaikan di Kementerian Pengangkutan.
- Perdana Menteri belum menerima surat peletakan jawatan Anthony Loke pada masa itu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Hasbi harap Anthony Loke ubah pendirian, teruskan khidmat
- Sinar Harian 'Saya masih berharap Anthony Loke ubah fikiran' - Hasbi (this story)







