KUALA LUMPUR - Jalan utama menuju ke kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini dikawal anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu.Tinjauan Sinar Harian di lokasi sehingga jam 10 pagi mendapati, anggota polis ditempatkan di laluan utama menuju ke kediaman berkenaan bagi mengawal pergerakan di kawasan itu.Pada masa sama, pengamal media yang membuat liputan perkembangan hari pertama Najib menjalani tahanan rumah hanya dibenarkan berada di kawasan yang ditetapkan pihak berkuasa, iaitu di belakang garisan kuning.Keadaan itu menyebabkan pergerakan petugas media untuk mendapatkan perkembangan lebih dekat mengenai situasi di kediaman berkenaan tertakluk kepada kawasan yang dibenarkan.Kepulangan Najib ke kediaman itu pada malam Selasa mencuri perhatian selepas beliau tiba kira-kira jam 9.27 malam bagi menjalani baki hukuman penjara kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah.Beliau dibawa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak dari Penjara Kajang dengan diiringi kenderaan pengiring Jabatan Penjara Malaysia.Ketibaan beliau menyusuli keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa yang memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun bagi kes berkenaan secara tahanan rumah di kediamannya itu, berkuat kuasa serta-merta.Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan berkenaan selepas membatalkan perintah pelepasan atas pembayaran denda RM50 juta yang dikeluarkan Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi pada 6 November lalu dan menggantikannya dengan perintah tahanan rumah.Berdasarkan perintah berkenaan, Najib dibenarkan menjalani baki hukuman di kediamannya sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat pengampunan bersyarat yang ditetapkan.Sebelum ini, Najib menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman dalam kes penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Tahanan rumah: Polis kawal jalan utama ke kediaman Najib

Key takeaways
Polis Diraja Malaysia mengawal jalan utama menuju kediaman Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta pada Rabu, susulan ketibaannya pada malam Selasa untuk menjalani baki hukuman penjara kes SRC International secara tahanan rumah.
- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan rumah berkuat kuasa serta-merta.
- Najib tiba di kediamannya kira-kira jam 9.27 malam Selasa menggunakan kenderaan utiliti sukan Proton X70 berwarna perak.
- Anggota polis ditempatkan di laluan utama dan media hanya dibenarkan berada di belakang garisan kuning yang ditetapkan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Tahanan rumah: Polis kawal jalan utama ke kediaman Najib (this story)








