Kuala Lumpur: Beberapa kenderaan polis memasuki Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, susulan perkembangan terbaharu berhubung pelaksanaan tahanan rumah ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Media diminta meninggalkan perkarangan rumah bekas Perdana Menteri untuk tujuan peningkatan kawalan keselamatan.

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan sama ada Datuk Seri Najib akan dibawa ke Taman Duta bagi menjalani tahanan rumah hari ini atau tidak.

Hari ini, media melaporkan konvoi lima kenderaan dipercayai membawa Datuk Seri Najib Razak dilihat meninggalkan Penjara Kajang kira-kira jam 2.40 petang.