SUBANG JAYA – Wayar kabel telekomunikasi dan mesin bitcoin antara 7,445 barang kes bernilai RM1.19 juta yang dilupuskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini pada Rabu.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Datuk Kahar berkata, pelupusan itu membabitkan 210 kertas siasatan terdiri daripada pelbagai kesalahan termasuk perjudian, perjudian dalam talian, kecurian kabel, rampasan rokok dan minuman keras serta pusat hiburan.Beliau berkata, sebanyak 186 unit mesin bitcoin dilupuskan bagi kes Op Elektrik, manakala 36 gulung wayar kabel membabitkan kes kecurian kabel telekomunikasi."Turut dilupuskan sebanyak 145 unit telefon bimbit dengan anggaran nilai RM4,100 bagi kes Op Dadu membabitkan perjudian turut dilupuskan."Sebanyak 332 unit komputer dan peranti komputer bernilai RM24,000 bagi kes Op Soga berkaitan perjudian dalam talian juga terbabit dalam pelupusan ini," katanya pada sidang media di IPD Subang Jaya di sini pada Rabu.Katanya, pelupusan itu turut membabitkan 3,374 botol arak, 1,500 tin minuman keras dan 822 kotak rokok dengan anggaran nilai keseluruhan RM1,027,411 bagi kes kontraban."Sebanyak 21 unit alatan hiburan bernilai RM22,353 serta 1,029 unit barang kes lain-lain jenayah dengan anggaran nilai RM26,372 turut dilupuskan."Keseluruhan barang kes berkenaan membabitkan 42 kes pusat hiburan, 11 kes rampasan mesin bitcoin, 22 kes rampasan rokok dan minuman keras, 56 kes perjudian, tujuh kes perjudian dalam talian, tujuh kes kecurian wayar kabel serta 65 kes lain-lain jenayah," katanya.Jelasnya, pelupusan barang kes ini mendapat kebenaran Majistret Mahkamah Shah Alam mengikut Seksyen 407 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).
Wayar kabel, mesin bitcoin antara lebih 7,000 barang kes bernilai RM1.19 juta dilupuskan

Key takeaways
Sebanyak 7,445 barang kes bernilai RM1.19 juta, termasuk mesin bitcoin dan wayar kabel, dilupuskan di IPD Subang Jaya pada Rabu. Pelupusan ini membabitkan 210 kertas siasatan pelbagai kesalahan seperti perjudian dan kecurian.
- 186 unit mesin bitcoin dan 36 gulung wayar kabel telekomunikasi turut dilupuskan dalam operasi ini.
- Barang kes lain termasuk 3,374 botol arak, 1,500 tin minuman keras dan 822 kotak rokok.
- Pelupusan membabitkan 210 kertas siasatan dari 42 kes pusat hiburan dan 56 kes perjudian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro 48 mesin bitcoin dirampas di Seri Iskandar
- Sinar Harian Wayar kabel, mesin bitcoin antara lebih 7,000 barang kes bernilai RM1.19 juta dilupuskan (this story)








