Kuala Lumpur: Menyifatkan lamarannya kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) ibarat dari kayangan, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memilih untuk mengikut adat sebelum mendirikan rumah tangga.
Fazley, 48, berkata perancangan mereka untuk melangkah ke alam perkahwinan dijangka berlangsung pada tahun depan meskipun tarikh rasmi belum ditetapkan.
"Kita masih merancang (tarikh rasmi) tetapi saya rasa kita perlu mengakhiri tahun ini dengan sesuatu yang mega, dengan niat yang mega daripada saya, seikhlasnya untuk saya buktikan kepada anak-anak bahawa saya dengan DSV memang serius.
"Kita memang impikan pelbagai perkara, tetapi kita ambil langkah demi langkah sebab saya tidak mahu melangkaui adat. Kita ada orang tua di kedua-dua belah keluarga, ada anak-anak dan saudara-mara.










