Muzik rancak, koreografi bertenaga dan visual berwarna-warni menjadi tarikan utama dalam kolaborasi terbaharu Shopee bersama kumpulan pop wanita no na sempena kempen Shopee Indonesia.

Iklan itu dibuka dengan penampilan empat anggota no na, iaitu Baila Fauri, Christy Gardena, Shazfa Adesya dan Esther Geraldine, menerusi lirik, “Hello, do you copy? I’m shopping with my friends! Girls, we be scrolling Shopee, yea they got everything!”

Gabungan irama rancak, karakter tersendiri setiap anggota dan suasana ceria menggambarkan keseronokan membeli-belah bersama rakan, pengalaman yang dekat dengan kehidupan seharian generasi muda. Iklan dan kandungan digital hasil kolaborasi itu meraih sehingga 45 juta tontonan di TikTok, 16 juta di YouTube dan 24 juta di Instagram.