Bahamas: Tiger Woods meningkatkan intensiti latihannya ketika berusaha membuat kemunculan semula dalam pertandingan kompetitif, namun dia belum dapat mengesahkan sama ada akan beraksi pada kejohanan Hero World Challenge bulan depan.

"Saya berasa semakin baik, tidak dinafikan. Saya sudah menjalani latihan dengan agak kerap," kata Woods kepada SiriusXM PGA Tour Radio.

Woods, 50, ialah hos kejohanan Hero World Challenge yang berlangsung dari 3 hingga 6 Disember di Albany, Bahamas

Dia mengesahkan akan hadir, namun berseloroh apabila ditanya mengenai status penyertaannya sebagai pemain.