Shafee Abdullah bagaimanapun anggap pelawat mungkin perlu mohon kebenaran terlebih dahulu sebelum dapat jumpa bekas PM itu.
Key takeaways
Peguam Najib, Shafee, menyatakan syarat tahanan di rumah belum dimaklumkan, namun pelawat mungkin perlu kebenaran. Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah baharu membenarkan Najib menjalani baki hukuman di rumah selepas mengetepikan pelepasan terdahulu.
- Peguam Shafee belum pasti syarat tahanan di rumah dan pelawat mungkin perlu kebenaran.
- Mahkamah Tinggi membenarkan Najib menjalani baki hukuman SRC International di bawah tahanan di rumah.
- Pengampunan bersyarat September ini membenarkan tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk kepada denda RM50 juta.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Peguam Shafee Abdullah beritahu sidang media hari ini, butiran syarat tahanan di rumah dijalani bekas perdana menteri Najib Razak belum dimaklumkan kepadanya.KUALA LUMPUR: Peguam Najib Razak, Shafee Abdullah berkata, beliau belum pasti mengenai syarat yang dikenakan berhubung tahanan di rumah dijalani bekas perdana menteri itu, termasuk sama ada ahli keluarga dibenarkan tinggal bersamanya.
Shafee berkata, terma berkaitan tahanan di rumah itu masih belum dimaklumkan kepadanya.
“Kami belum benar-benar pasti. Kami tidak tahu,” katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, Shafee berpendapat pelawat mungkin perlu memohon kebenaran terlebih dahulu sebelum dapat berjumpa Najib.