Ipoh: Polis semalam merampas sebanyak 48 unit mesin perlombongan mata wang kripto (bitcoin) dalam satu operasi di sebuah kediaman di sekitar kawasan Seri Iskandar, yang dipercayai dijadikan lokasi aktiviti perlombongan itu dengan penyambungan wayar elektrik secara haram.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata serbuan itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah dengan kerjasama pasukan jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Selain itu, dua unit fast ethernet switch, satu unit router Internet dan satu gulung wayar kabel elektrik yang telah dipotong turut dirampas. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1) Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya dalam kenyataan, malam tadi.