JAKARTA: Indonesia akan menarik balik hak penggunaan tanah meliputi lebih 42,000 hektar daripada lapan syarikat yang didakwa terbabit dalam kebakaran hutan, manakala tiga lagi firma masih dalam penelitian.

Menteri Hal Ehwal Agraria dan Perancangan Ruang Indonesia, Nusron Wahid, berkata hak guna usaha (HGU) tiga syarikat akan dibatalkan sepenuhnya.

Langkah itu diambil selepas lebih 50 peratus kawasan konsesi mereka terbakar dalam kejadian berulang, selain kegagalan melaksanakan langkah pencegahan mencukupi.

Beliau berkata, hak guna usaha sebuah lagi syarikat akan ditarik balik sebahagiannya, manakala sebuah syarikat lain tidak dibenarkan memperbaharui HGU yang sudah tamat tempoh.