LONDON: Nasib Michael Carrick sebagai ketua jurulatih Manchester United dijangka ditentukan, esok apabila Ketua Pegawai Eksekutif, Omar Berrada dan Pengarah Bola Sepak, Jason Wilcox bertemu pemilik minoriti, Sir Jim Ratcliffe di Monaco.

Berrada dan Wilcox akan mengemukakan cadangan mereka kepada Ratcliffe, dengan isyarat menunjukkan Carrick bakal dipecat selepas United terjerumus ke zon penyingkiran.

Difahamkan, pihak pengurusan mahu memaklumkan keputusan itu kepada Carrick secara bersemuka, justeru mungkin tiada pengesahan daripada kelab dibuat sehingga Khamis.

Pengendali berusia 45 tahun itu tiba di Carrington pada jam 7.15 pagi, hari ini untuk mengendalikan sesi latihan pemain yang tidak menyertai tugasan antarabangsa, ketika ketidaktentuan mengenai masa depannya semakin memuncak.