KUALA LUMPUR - Manifesto Parti Bersama pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli boleh dipersoalkan dari segi keaslian idea, kredibiliti politik dan realistik pelaksanaannya.Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mashitah Mohd Udin berkata, jika dibandingkan dengan manifesto Barisan Nasional (BN)-Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), beberapa gagasan yang diketengahkan Parti Kancil dilihat seolah-olah mengulangi pendekatan reformasi yang sekian lama menjadi teras perjuangan PH."Persoalannya, apakah nilai tambah atau pembaharuan sebenar yang ditawarkan sehingga memerlukan satu platform politik baharu?"Lebih menarik, sebahagian agenda reformasi tersebut sebenarnya pernah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab politik Rafizi ketika beliau berada dalam Kabinet Kerajaan MADANI," katanya dalam satu kenyataan hari iniMenurut Mashitah, Bersama wajar dibubarkan selepas PRN Melaka, apatah lagi melihat kepada situasi sambutan siri ceramah beliau kurang mendapat sambutan.Beliau berkata, masyarakat turut berhak mempersoalkan mengapa gagasan yang sama kembali diketengahkan sebagai tawaran politik baharu sedangkan peluang untuk melaksanakannya pernah wujud sebelum ini."Dalam politik, manifesto bukan sekadar himpunan janji atau slogan yang mampu menarik perhatian rakyat. Ia perlu disokong dengan perancangan yang jelas, kemampuan kewangan, tempoh pelaksanaan serta mekanisme untuk memastikan setiap janji dapat direalisasikan."Justeru, manifesto Parti Kancil perlu dinilai berdasarkan kemampuan menawarkan penyelesaian yang konkrit, bukannya sekadar menjual semula idea reformasi dalam pembungkusan politik yang berbeza," tegasnya. - Awani
Parti Bersama wajar dibubar selepas PRN Melaka, manifesto tidak realistik - Penganalisis

Key takeaways
Penganalisis menyatakan manifesto Parti Bersama tidak realistik dan tidak mempunyai nilai tambah, seharusnya dibubarkan selepas PRN Melaka.
- Manifesto Parti Bersama dipersoalkan dari segi keaslian dan realistik pelaksanaannya.
- Penganalisis menyatakan manifesto tidak mempunyai pembaharuan yang memerlukan platform politik baharu.
- Sambutan ceramah Parti Bersama kurang mendapat perhatian rakyat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka | Pemimpin utama parti turun padang iringi calon
- Malaysiakini (BM) PANDUANKINI | Kerusi panas PRN Melaka dan peluang untuk parti kancil
- Sinar Harian Parti Bersama wajar dibubar selepas PRN Melaka, manifesto tidak realistik - Penganalisis (this story)








