Kota Melaka: Politik khidmat bakti yang menjadi pendekatan Barisan Nasional (BN) perlu terus diperkukuh bagi mendekatkan parti itu dengan rakyat, khususnya golongan muda.
Penyandang yang juga calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem berkata, beliau yakin masyarakat masih merindui pendekatan politik berteraskan khidmat bakti berbanding isu yang lebih banyak disensasikan.
Katanya, pendekatan itu bukan sahaja perlu diteruskan tanpa mengira bangsa dan kaum, malah perlu diperluaskan kepada aspek sosial bagi memenuhi keperluan golongan muda.
"Politik khidmat bakti ini adalah tentang BN, selama ini BN hidup dengan politik khidmat bakti.









