Kuala Lumpur: Atlet boccia negara, Noor Askuzairmey Mat Salim terus mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara acara BC4 Individu Wanita pada Piala Dunia Boccia Sao Paulo 2026 di Brazil.

Lebih membanggakan, Noor Askuzairmey menamatkan saingan dengan menewaskan wakil Kanada, Alison Levine, 6-3 pada aksi final, sekali gus muncul juara tanpa sebarang kekalahan sepanjang kejohanan itu.

Kejayaan berkenaan turut menyaksikan dia meneruskan momentum cemerlang musim ini selepas menjuarai Kejohanan Dunia Boccia Seoul 2026 pada September lalu.

Tidak cukup dengan itu, atlet berkenaan turut mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pingat gangsa pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.