Sofia: Sebelas orang maut manakala 50 lagi cedera dalam dua kemalangan di Lebuhraya Trakia berhampiran Yambol, tenggara Bulgaria pada pagi Selasa, lapor Xinhua.
Sepuluh mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia akibat kecederaan ketika menerima rawatan di hospital.
Kementerian Kesihatan Bulgaria memaklumkan bahawa kesemua 50 mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital, termasuk 13 yang mengalami kecederaan parah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Kaloyan Kaloyanov pada sidang media berkata sebanyak 86 kenderaan terlibat dalam kedua-dua kemalangan itu, masing-masing 63 kenderaan di laluan menghala ke Burgas dan 23 lagi di laluan menuju Sofia.










