KULAI - Seorang ibu dan anak perempuannya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Senai-Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, semalam.Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian, melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dan Mazda itu kira-kira pukul 2.30 petang.Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Mazda dipandu mangsa, wanita berusia 30 tahun bersama ibunya yang berusia 69 tahun, dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan."Kemalangan tersebut menyebabkan kecederaan parah kepada pemandu kereta Mazda, yang disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, manakala ibunya pula meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah."Bagaimanapun, pemandu kereta Toyota Vios, lelaki berusia 30 tahun hanya mengalami cedera ringan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.Tan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu boleh tampil ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau hubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim menerusi nombor 017-7573507 bagi membantu siasatan," katanya. - Bernama
Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan

Key takeaways
Seorang ibu dan anak perempuannya maut dalam kemalangan yang melibatkan dua kenderaan di Kulai.
- Kemalangan berlaku di Jalan Senai-Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
- Pemandu kereta Mazda, seorang wanita 30 tahun dan ibunya 69 tahun, meninggal dunia.
- Pemandu kereta Toyota Vios hanya cedera ringan, siasatan masih berjalan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Tiga maut dalam kemalangan di Bukit Bauk
- Sinar Harian Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan (this story)







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Ffad2eeasdas_203900.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
