KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan Wall Street, Amerika Syarikat (AS), selepas data inflasi AS pada Oktober meningkatkan kebimbangan terhadap tekanan inflasi.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.94 mata kepada 1,600.13 daripada 1,604.07 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 2.02 mata lebih rendah kepada 1,620.05.

Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 145 berbanding 136 manakala 260 kaunter tidak berubah, 2,744 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.