Anak petah bercakap, betul-betul faham atau sekadar meniru?
Kemampuan meniru ialah pintu masuk kepada pembelajaran bahasa, bukannya ukuran akhir penguasaan. Bahasa benar-benar dikuasai apabila kanak-kanak memahami makna, memilih perkataan sendiri dan menyesuaikannya dengan situasi. Proses itu memerlukan pengalaman, konteks dan interaksi manusia.Oleh itu, persoalan yang lebih penting bukan sekadar sama ada anak petah bercakap, tetapi sama ada mereka memahami perkara yang diperkatakan.
Kanak-kanak hari ini boleh bercakap dengan lancar tetapi mungkin hanya meniru bunyi yang didengar, bukan memahami maksudnya.
Kanak-kanak mungkin meniru dialog atau lagu tanpa memahami maksudnya.
Peniruan adalah sebahagian daripada proses pemerolehan bahasa, tetapi tidak sama dengan pemahaman.
Algoritma digital turut mempengaruhi penguasaan bahasa kanak-kanak.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
Kanak-kanak hari ini kadangkala mengejutkan orang dewasa dengan keupayaan berbahasa mereka. Ada yang masih belum menguasai kemahiran membaca, tetapi sudah mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar. Ada juga yang boleh menghafal lagu, mengulang dialog daripada video dan meniru intonasi watak hampir sama seperti yang didengar.
Keupayaan ini sering mengundang pujian, namun timbul satu persoalan penting: adakah mereka benar-benar memahami perkara yang disebut atau sekadar mengulang bunyi yang kerap didengar?
Persoalan ini semakin relevan kerana kanak-kanak membesar bersama skrin. Video, animasi, lagu, permainan interaktif dan aplikasi pendidikan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka. Kanak-kanak menerima input bahasa sebelum mereka mampu menilai maksud atau kesesuaian sesuatu ungkapan.
Read the full story on KosmoYou've read the opening, about 105 of 757 words. The full piece is published by Kosmo.
AI summary Rio Ngumoha menyatakan bahawa kemenangan Harry Kane dalam anugerah Ballon d'Or menjadi inspirasi baginya untuk menyasarkan pencapaian serupa. Ngumoha turut dipanggil menyertai…