KUALA KUBU BHARU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang masih hilang dalam insiden kepala air di Sungai Pertak, Kampung Pertak, diteruskan hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, tiga mangsa yang masih belum ditemukan itu terdiri daripada seorang lelaki warga Yemen dan dua lelaki warga India.

Beliau berkata, operasi pencarian hari ini memberi tumpuan di beberapa lokasi iaitu jambatan (Seksyen C) dan empangan (Seksyen D).

“Beberapa aset turut digunakan iaitu bot serta bantuan Unit Anjing Pengesan (K9), Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pasukan penyelamat lain.