PUTRAJAYA: Manifesto Parti Kancil pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli boleh dipersoalkan dari segi keaslian idea, kredibiliti politik dan realistik pelaksanaannya.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mashitah Mohd Udin berkata, jika dibandingkan dengan manifesto BN-PN dan Pakatan Harapan (PH), beberapa gagasan yang diketengahkan Parti Kancil dilihat seolah-olah mengulangi pendekatan reformasi yang sekian lama menjadi teras perjuangan PH.
“Persoalannya, apakah nilai tambah atau pembaharuan sebenar yang ditawarkan sehingga memerlukan satu platform politik baharu?
“Lebih menarik, sebahagian agenda reformasi tersebut sebenarnya pernah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab politik Rafizi ketika beliau berada dalam Kabinet Kerajaan Madani,” katanya.







