KUALA LUMPUR: GovTech Malaysia kini sedang giat membangunkan enam platform digital guna sama merentas kementerian dan agensi bagi merealisasikan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih lancar, selamat dan berpusatkan rakyat.
Langkah ini diterajui di bawah pendekatan Whole-of-Government (WoG) Kementerian Digital, bermatlamat menghentikan amalan legasi perkhidmatan digital yang sebelum ini dibangunkan secara berasingan mengikut agensi silo.
Melalui pendekatan baharu ini, platform, infrastruktur serta data dibina secara berpusat untuk dikongsi bersama merentas seluruh sektor awam.
Pembangunan berteraskan kepakaran dalaman ini turut merekodkan impak perbelanjaan yang sangat signifikan kepada perbendaharaan negara.








