ISTANBUL: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengecam tawaran Amerika Syarikat (AS) sehingga AS$20 juta bagi mendapatkan maklumat mengenai program nuklear Iran dan memberi amaran langkah itu boleh mengancam keselamatan kemudahan nuklear serta saintis negara berkenaan, lapor Anadolu Ajansi.

Agensi berita rasmi Iran, IRNA, Araghchi, dalam surat kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, Presiden Majlis Keselamatan PBB dan Ketua Pengarah IAEA, Rafael Grossi, menyifatkan pengumuman itu sebagai "amat menjijikkan" serta menggesa supaya ia dikecam sekeras-kerasnya.

Beliau berkata, tawaran yang diumumkan menerusi program "Rewards for Justice" oleh Jabatan Negara AS dan dikongsi semula Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) itu bertujuan mendapatkan maklumat mengenai kemudahan nuklear, peralatan, saintis dan kakitangan, selain menawarkan kemungkinan penempatan semula.