KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama tetapi kekal tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran susulan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menaikkan kadar faedah berikutan data inflasi yang lebih kukuh daripada unjuran.
Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.0540/0590 berbanding dolar AS, tidak berubah daripada 4.0540/0590 ketika ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata data inflasi AS telah meningkatkan kebimbangan mengenai pengetatan dasar monetari seterusnya, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS mencatatkan kenaikan 0.4 peratus secara bulanan pada Oktober, melebihi anggaran konsensus sebanyak 0.3 peratus.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FPresidentandCEOofNVIDIAJensenHuang1011262_161229.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
