London: Brentford gagal dalam rayuan terhadap keputusan layangan kad merah kepada penyerang mereka, Igor Thiago, yang mencetuskan kontroversi di Stadium Amex.
Pengadil berpengalaman Liga Perdana Inggeris (EPL), Michael Oliver, melayangkan kad merah kepada Thiago kerana memukul muka Chema Andres dengan 'kekuatan'.
Insiden itu berlaku di pertengahan babak pertama ketika Brighton sudah mendahului 1-0 dan menguasai perlawanan yang pada awalnya dijangka sengit.
Brighton kemudian melengkapkan kemenangan selesa 2-0 untuk naik ke tangga kedua liga.









