Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 1,352 orang daripada 379 keluarga setakat jam 8 pagi ini dengan Selangor merekodkan jumlah pemindahan tertinggi iaitu 965 orang.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa di Selangor daripada 270 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS).

Perak pula merekodkan 380 mangsa daripada 108 keluarga yang ditempatkan di dua PPS membabitkan daerah Hilir Perak, manakala Sarawak mencatatkan tujuh mangsa daripada satu keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS.

Daripada jumlah keseluruhan mangsa, seramai 406 adalah lelaki dewasa manakala 436 lagi wanita dewasa. Mangsa kanak-kanak pula membabitkan 272 lelaki dan 202 perempuan.